Wednesday 19 October 2011

please be attention!

cakap dimulut tak seiring dengan perbuatan

bila kita bertindak.biarlah ia seiiring dengan apa yang kita mahukan.bukan MULUT cakap lain.yang dibuat pun lain.me selalu dipesan oleh mereka2 yang sayangkan me.jangan buat itu.jangan buat ini.tak boleh macam tu.tak boleh macam ni.salah macam tu.salah macam ni.bila me TAK buat semua tu.bila me ikut semua tu.mereka2 yang sayangkan me tadi yang pegi buat.masa tu.kalo me bising.jangan nak suruh me diam plak ookey!oh.kamu orang suruh me jangan buat macam2.tapi kamu orang yang buat..amboi2...kalo nak suruh me buat.pastikan kamu orang pon xwat benda yang sama.baru lah adil.ni x.kamu orang yang lebih2 nk wat.ape cita?mencik la macam tu.

Ingat.Me mungkin seorang yang pemaaf.tapi me bukan si bendul yang akan mempercayai kamu orang lagi.penat.nak percaya dah.kalo kamu orang boleh buat.apa la salahnya kalo me pun buat sekalikan?
DAN JANGAN SESEKALI MARAH ME!!!!!i hate that!

Tuesday 18 October 2011

Alhamdulillah

pada siapa yang pernah terbaca entry me dari blog yang lama, pasti akan mengetahui cerita tentang muhamad haqimi (qimie).qimie eksiden teruk dah mengalami kecederaan akibat dari kemalangan tersebut.dan sekarang alhamdulillah.qimie pulih.dan lebih istimewa, qimie lebih sihat dari sebelum ni.lebih ceria barangkali.walaupun ada kekurangan baru yang didapati.tak apa sayang.kekurangan tu yang mengajar kamu tok lebih bersemangat dn mungkin akan lebih menghargai kehidupan sebagai hamba.INSYALLAH.TIUPAN semangat dari kawan2 sbnrnya sangat membantu qimie.kawan2 qimie sentiasa bgi semangat yang sangat padu  bermula dari qimie eksiden sampai la sekarang.disitulah kita akan mengenali kawan2 kita.bukan mereka je.yang tak mengenali qimie pun turut mendoakan perkara yang sama.Alhamdulillah.
me doakan, qimie lebih kuat mengharungi dugaan selepas ni.qimie.ye.pada korang yang tak tau,sebenarnya qimie dan me langsung tidak mengenali antara  sama lain.tapi memandangkan adik me classmate&housemate qimie, dr situ la me mengikuti perkembangan qimi.kami tak mengenali antara 1 sama lain.tapi me ada 1 hati yang mudah tersentuh mengenai cerita yang berkaitan kemanusiaan dan kasih sayang.buktinya cerita haqimie ni. 
Insyyallah.selagi Qimie percaya TUHAN itu wujud.selagi itulah DIA akan sentiasa berada disamping kita.Allah takkan menguji hambanya seandainya Dia tahu hambanya mampu.dan dugaan ini lah bukti Allah itu sayangkan QIMIE.

Friday 14 October 2011

WordLESS

Semakin me mencuba untuk memperbetulkan semuanya.semakin me buntu.semakin me mencuba untuk berubah.mencipta perubahan itu mungkin mudah.tetapi untuk mengekalkan perubahan disitulah kesusahannya.

Thursday 13 October 2011

diam.dan berfikir

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Fikir itu kepalanya berkat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Maut juruintai yang tak pernah lalai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

kehidupan saya lebih sempurna dengan adanya kamu.

Wednesday 12 October 2011

SAHABAT

.Arini.Me nak sembang pasal SAHABAT.Lately ni.ISTILAH sahabat ni mcm payah nk jumpa.bila namanya sahabat.bukan semua kawan berhak untuk memegang status sahabat ni.pada me.sahabat ni banyak kriteria yang perlu dinilai.Tempoh perkenalan.keseresian & mcm2 lagi la.kawan-kawan me memang ramai.tapi sahabat me boleh di jumlahkan bilangannya.sahabat me merupakan 2 pupu me sendiri.(nenek kiterorang adik beradik.jadilah 2 pupu.)me kenal dia memang xlama pon.tapi mungkin disebabkan darah yang mengalir dalam salur darah WE ol sama.jadi.keseresian tu lebih mudah.Let me introduce sahabat tu as my  KAKAK.specialnya kakak ni.kiteroang bleh berkongsi apa je jenis cerita.kakak lebih mengenali me berbanding Encik BF.yelah.kakak lebih lama mengenali me berbanding enCik bF.kalau Me ada masalah.me lebih prefer bercerita dengan kakak berbanding org lain.sebab kakak akan bagi nasihat yang sangat BERNAS.dan besenya kakak akan mengiakan semua tindakan saya.tapi kakak akan buat me berfikir adakah tindakan me tu betul atau salah.kemudian baru kakak perbetulkan SEMUANYA.terima kasih kakak sebab sentiasa ada disisi me.tak kira dimasa senang atau susah.me sayang kakak.

ok.
tu cerita kakak.sahabat yang pertama.sahabat yang kedua.encik BF.
kenapa Encik Bf jadi sahabat Yang kedua.sebb dia dan me punyai perwatakan yang berbeza.dia suka dengar music yang bising2.jerit2.euwww..tpi tidak pada me.kalau dengar music yang cam gitu.mmg me yang balik menjerit tak suka.bila me marah @ moody, Encik bf akan biakan me luahkan semuanya pastu dah lega baru mcj.walopun me xselesa cara tu.tapi sbnrnya baik untuk me.terima kasih Encik BF.sayang EnCik BF!!

peka pada HATI



ADIOS!

Tuesday 11 October 2011

WordLESS

LEAVE Me ALONE
tah kenapa tibe2 me ase cam nak ke satu tempat yang xda sape kenal me.STRESS sangat2..xsudah dengan masalh  yang sedia ada.masalah lain yang dengan hormatnya datang.ARGH!!!Bila me sangat perlukan someone layan b cakap.xda sape yang rela mendengar.tape la.me faham.bukan semua orang sentiasa dengan me kan??
Kadang2 kesian dekat encik BF.Xsampai ATi nak susahkan dia.dulu.me selalu citer masalah me pada dia.tapi sekarang me ase, xperlu kot.sebb me xnk susahkan dia.

En BF selalu Pesan tiap kali me mengeluh Susah nk handle masalh me."Orang susah dengan susah mereke sendiri, orang kaya dengan kesusah mereka sendiri".Me arap.me mampu bertahan dengan semua ni.sungguh.me tak mampu.me perlukan tangan2 dari mereka yang sangat rapat dengan me.tok bantu me kuatkan semangat.



adios!

Monday 10 October 2011

susah tapi senang

kadang2 kita boleh luahkan semuanya pada orang lain.tapi ada perkara yang tak boleh dibicarakan.

Friday 7 October 2011

warna-warni 'berkawan'






**kadang2 kawan akan jadi golongan yang paling penting dalam kehidupan me.ye.me ada En BF.tpi Bukan semua masa En bf tu untuk mE kan?

Thursday 6 October 2011

.Percubaan.

salam.
pada follower yang penah follow me b4 dis.mungkin kenal la who am i.pada yang xknl tu..meh sini berkenalan.
sebelum ni me guna blog nama berrysbisik.MALANGNYA dah di hacked oleh malaun mana tah yang dengki beno tu.aish!ape la malaun tu dapat hacked blog me ni.xda maknanya pon.xpla.terima kasih je pada yang berjaya yang mengeHACK tu.
Lupakan...
nama sebenar dalam i.c nur amira ishak (me).d.o.b 19/05/1988.already taken by Mohd Adib Sharir (En BF).
ape lagi?macam ice breaking la plakkan?never mind la.apa2 yang korang nak tanya.jangan segan2 nak tanya.mana yang boleh jawab dan me ase tak terlalu personal, me akan cuba jawab.okey??cop2..blog ni me jadikan sebagai online jurnal.so terpulang pada me nak post entry cam ane pon.okey?

AdioS!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...